Wednesday, 25 February 2015

cara mengesan kehadiran Anai-Anai

Bagaimana mahu mencegah serangan anai-andai di rumah anda?

Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang sememangnya berasaskan kayu.

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah dan dipanggil busut  kerana anai-anai sukakan tempat yang lembab, dingin dan terlindung.Anai-anai menimbulkan masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabut, syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.

Tempat kebiasaan anai-anai bersarang:

Kerangka pintu.Kerangka tingkap.Parquet atau lantai kayu.Skirting kayu.Siling rumah.Binaan kabinet kayu.Wardrobes.Stor.

 

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Laluan Anai-anai

Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu

Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

Kehadiran Kelkatu

Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

Rekahan atau Lubang

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”

Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

No comments:

Post a Comment