Wednesday, 25 February 2015

Tips Menghapuskan Anai-Anai

mengetahui tips menghapuskan lipas dengan cara selamat. Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda semua tips untuk menghapuskan anai-anai pula. Sumber didapati dari emel rakan.

Jika anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah, seharusnya panggil exterminator profesional. Buat sendiri amat payah.

Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang rumah, di sini ada beberapa tips yang boleh membantu.

Mengenali Anai-Anai
Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan matiAnai-anai ada berpuluh spesies. Yang putih, yang kuning, yang perang .... Permaisuri anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelkatu yang berterbangan.Kalau nampak banyak kelkatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang menghadamkan serat kayu yang ditelannya.Selepas mengenali anai-anai, maka dah tiba masa mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita
Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang dicantas.Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumahPastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.Pastikan bawah rumah tiada takungan air.Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.

Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak.

Pembasmian anai-anai yang telahpun berhimpun di dalam rumah :
Kes berat ni, tak boleh buat apa-apa. Ni kerja susah. Panggil je pakar.

Jika inginkan kepastian anda boleh bertanya dengan pakar pembasmian anai-anai atau cari maklumat tambahan di dalam internet.

cara mengesan kehadiran Anai-Anai

Bagaimana mahu mencegah serangan anai-andai di rumah anda?

Anai -anai merupakan serangga perosak yang berwarna putih. Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang sememangnya berasaskan kayu.

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah dan dipanggil busut  kerana anai-anai sukakan tempat yang lembab, dingin dan terlindung.Anai-anai menimbulkan masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabut, syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.

Tempat kebiasaan anai-anai bersarang:

Kerangka pintu.Kerangka tingkap.Parquet atau lantai kayu.Skirting kayu.Siling rumah.Binaan kabinet kayu.Wardrobes.Stor.

 

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

Laluan Anai-anai

Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

Kesan Perubahan Warna “Texture Color” Pada Bahan Kayu

Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

Kehadiran Kelkatu

Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

Rekahan atau Lubang

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”

Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.